BUY ONLINE

Sila baca arahan di bahagian 'BUY ONLINE' dibawah.
Isi dengan lengkap borang pembelian sebelum submit.
Bayaran Pos adalah Percuma.
Penghantaran hanya dibuat selepas pengesahan bayaran.
Harap Maklum.
Blink http://img902.mytextgraphics.com/blinkingtextlive/2009/06/05/4750f6f9d66ab6b0742a75b97a6659c9.gif/

PEMBELIAN NOVEL ONLINE

CARANYA :
Bank-in jumlah bayaran harga buku ke dalam nombor akaun yang tertera di bawah.
Jangan lupa isikan no. rujukan pembayaran di ruang yang disediakan.
Lengkapkan borang pesanan di bawah dan klik butang submit.
Anda akan mendapat balasan email sebaik sahaja pihak
raknovelEF menerima bayaran anda.
Penghantaran hanya akan dibuat selepas pengesahan
bayaran.
Harga yang tertera belum termasuk harga kos pos penghantaran.

MAYBANK/MAYBANK2U
No. akaun : 157036554707
Pemegang akaun : SARIDA BINTI ISMAIL
Sebarang pertanyaan, sila hubungi : raknovelEF@gmail.com

Terima Kasih.

Tuesday, June 9, 2009

JAWAPAN YANG PASTI



Sinopsis:
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.
Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?


RM19.90 SEMENANJUNG
RM22.90 SABAH/SARAWAK

BELAIAN JIWA

Sinopsis : BELAIAN JIWA
Percintaan dengan Syed Danial Hafizi amat ditentang oleh Tengku Amnah. Terkapai-kapai Alisya cuba merungkaikan suatu kejujuran.

Dalam masa yang sama, Zahri datang kembali cuba meraih cinta yang sudah sekian lama terputus sedangkan Alisya sudah menjadi isteri orang secara senyap. Namun, dia hanya menganggap Zahri sebagai abang dan tidak lebih dari itu.

Adim pula muncul secara diam. Sikap ambil beratnya terhadap Alisya benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu.

Mengapakah Tengku Amnah menentang Syed Danial Hafizi daripada terus berhubung dengan Alisya. Mengapakah Zahri ingin kembali kepada Alisya? Dan adakah Adim dapat diterima oleh Alisya?

Harga : RM 19.90(Semenanjung)
            RM22.90 (Sabah/Sarawak)
Halaman :512
ISBN : 978-983-124-313-8

NILAI CINTAMU

Sinopsis : NILAI CINTAMU
Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula b erkocak.

Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.

Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.

Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.

Harga : RM 16.00(Semenanjung)
            RM19.00 (Sabah/Sarawak)
Halaman :448
ISBN : 983-124-197-5

KABUS KASIH

Sinopsis : KABUS KASIH
CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain.

Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena.

Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan dilema; keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.

Cuma satu persoalan... masih adakah cinta di dalam hati?

Harga : RM 14.00(Semenanjung)
            RM17.00 (Sabah/Sarawak)
Halaman :384
ISBN : 983-124-171-1